Click here for Myspace Layouts

Followers



ASSALAMUALAIKUM!!!


'HAPPINESS IN YOUR HAND'.
ITU PRINSIP DASARNYA.
SEMUANYA BERGANTUNG PADA CARA KAMU BERFIKIR.

ANDAI KAMU PERCAYA KEBAHAGIAAN ITU MAMPU UNTUK DICAPAI MAKA

PERCAYALAH DENGAN SENDIRINYA HIDUP PASTI AKAN LEBIH BAHAGIA.

NAMUN ANDAI KAMU BERFIKIR SEBALIKNYA, SECARA TIDAK LANGSUNG HIDUP

 KAMU AKAN TERUS SURAM

DAN TERASA DIRUNDUNG DENGAN PELBAGAI MASALAH...

OLEH ITU, SEKIRANYA KAMU INGINKAN HIDUP LEBIH BAHAGIA,

UBAHLAH CARA DAN GAYA PEMIKIRAN KAMU MULAI DARI SEKARANG...

SEMAK PERKARA BERIKUT, IA MUNGKIN BOLEH MEMBANTU KAMU.... :)



SENYUM...

-> mungkin sudah berjuta-juta kali kamu mandengarnya tetapi inilah
penawar paling mujarab untuk kamu sentiasa rasa
bahagia. Oleh itu, rajin-rajinkan lah melemparkan senyuman.
Percayalah dengan senyuman kamu mampu mengubah banyak
perkara termasuklah membuat sebuah suasana yang sunyi 
menjadi ceria. Jangan hanya senyum pada orang yang kamu kenali
sahaja, lemparkan juga
senyuman pada orang yang kamu tidak kenali...
Kamu akan rasa begitu bahagia
apabila senyuman kamu dibalas dengan senyuman juga.



'YOU ARE BEAUTIFUL, NO MATTER WHAT THEY SAY'

-> Cantik itu hanya satu konsep dan ia bergantung kepada cara kita berfikir. Oleh itu, sentiasa percaya, diri kamu
juga dikategori dalam golongan
yang cantik...

Dengan itu secara tidak langsung orang
lain juga akan melihat kamu cantik..... Namun sekiranya
kamu merasakan diri kamu kurang cantik
maka di mata orang lain akan memandang kamu 
dengan pandangan yang sama. Tidak pasti kenapa, namun mungkin
ini yang dikatakan aura...


Buka Mata, Buka Telinga

-> Cubalah bergaul dan bercampur dengan orang dari pelbagai peringkat dan umur.. Lebih banyak kamu bergaul,
lebih baik. Kamu bukan sahaja boleh melihat malah
mendengar pengalaman orang lain..

Secara tidak langsung kamu akan jadi sedar
bahawasanya bukan kamu seorang sahaja
yang susah didunia ini malah
ada orang yang lebih susah dan merana daripada kamu...
Jadi bersyukurlah dengan hidup kamu.. :)




Luahkan Segala Yang Terpendam..

-> Luahkan sahaja apa yang ada di dalam hatimu..
Sekiranya dibiarkan ia bersarang, lama-kelamaan apabila sudah 
tidak tahan akibatnya akan meletup dan
sukar untuk dikawal lagi..
Daripada kamu menjadi tidak terkawal, mengamuk tidak tentu pasal lebih baik kamu belajar untuk berterus
terang dan meluahkan sikit demi sikit. Hidup akan
berasa begitu bahagia apabila kamu sedar
bahawa susah atau senang kamu sentiase ada orang disisi menemani.




Lihat Sekeliling...

-> Luangkan waktu untuk menikmati pemandangan sekitar kamu
15 minit sehari... Memandang ke langit, mendengar suara burung
atau melihat tingkah laku binatang
mampu menjadi terapi yang sangat menenangkan...
Di samping itu, kamu juga akan sedar betapa kecilnya kamu ditengah alam semesta ini...
dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus hidup..

BAHAGIAKAN BEGITU????




Cuba Perkara Yang Baharu..

-> Kebosanan adalah salah satu alasan mengapa kamu tidak
berasa 'happy' dengan hidupmu.
Oleh itu, untuk memastikan kamu tidak bosan dengan 
hidupmu.. cubalah melakukan hal-hal yang
baru dan tidak pernah kamu lakukan.
Kebiasaannya kamu akan rasa teruja apabila berpeluang untuk melakukan sesuatu yang baru..
Barulah hidup mu akan gembira sekiranya hidup kamu
sentiase ade pembaharuan... :)



Ucapan Terima Kasih...

-> Cubalah mengajar diri untuk mengucapnya selalu terutama setiap kali ada orang menghulurkan bantuan kepada kamu...
ini akan mengajar kamu untuk sentiasa rasa 
bersyukur.. Sekiranya kamu asyik mengeluh dan tidak berterima
kasih kamu akan menjadi orang sentiasa tidak puas,
iri hati dan cemburu dengan kejayaan orang lain..
Jadi cepat mengubah sikap kamu itu... :D


'SHOE TO DIE FOR'

-> Tentu ada yang tertanya-tanya apa hubungkaitnya dengan hidup... Maksudnya kamu harus ada seseorang yang
mampu buat kamu berasa begitu
bahagia.. Seiap kali kamu rasa tertekan atau diselubungi
masalah si dia mampu buat kamu ketawa ibarat kamu mempunyai
sepasang kasut yang mampu buat kamu
rasa amat selesa sewaktu memakainya.. Seperti kata pepatah
inggeris ' A Really Cool Shoe To Boost Up Your Mood!!'

'TAMAT'
<3 ................................<3

No comments:

Post a Comment